Sebenarnya hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai PANTANG LARANG PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN. Wah ambil vitamin pun kena pantang bagai ke? Hehe jangan takut ya dengan tajuk entri saya pada hari ini. Sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan atau kita makan kita harus berhati-hati dan perlu ada ilmu dengan apa yang kita lakukan.
Sama juga halnya dengan vitamin atau suplemen
yang kita ambil ==> kita harus ada ilmu, kita harus tahu sifat-sifat vitamin
tersebut, kita harus tahu apa tujuan kita mengambil vitamin tersebut dan
pastikan dapat tunjuk ajar atau panduan yang betul dalam setiap pengambilan
vitamin atau suplemen harian kita.
Seperti yang kita tahu, suplemen sangat penting kepada kita sebagai pelengkap kepada nutrisi dan zat harian yang sepatutnya kita perolehi dari amalan pemakanan kita. Biasalah dengan rutin harian kita yang terlalu sibuk, adakalanya kita main tangkap muat je dengan pemakanan kita dan ada juga yang suka makan makanan segera.
Gambar Sekadar Hiasan -- Suplemen Harian |
Tapi sebelum anda semua mengambil sebarang
suplemen atau vitamin, pastikan anda ada sedikit ilmu mengenai vitamin-vitamin
yang anda ambil dan jangan disebabkan terlalu taksub untuk cantik atau kurus,
sampai berpuluh-puluh vitamin anda telan dalam satu-satu masa.
Pastikan
juga anda tiada sebarang penyakit kronik atau sebarang alahan sebelum anda
mengambil sebarang vitamin. Sebab itu, adalah penting untuk anda dapatkan
khidmat nasihat dari pakar perubatan, farmasi atau dari pengedar suplemen (tak
kira sama ada pengedar Shaklee atau suplemen lain) yang sah.
Baiklah di sini saya kongsikan beberapa Tips
pengambilan Vitamin yang betul untuk kita capai kesan yang optimum atau dengan
bahasa mudahnya pantang larang yang perlu kita tahu dalam pengambilan
Vitamin:
Pastikan anda tahu pantang larang pengambilan vitamin |
PERTAMA
-- Pastikan pengambilan "Air Kosong" adalah mencukupi
Ini adalah satu
tips atau pesanan yang saya tak pernah lupa untuk berikan kepada setiap sahabat
yang dapatkan suplemen Shaklee dari saya. Paling kurang 3L air kosong WAJIB kita
minum setiap hari ya [purata 1L: setiap 25kg]. Tapi malangnya ramai yang
mengeluh dan beri macam2 alasan antaranya malas untuk ke tandas. Wahai
sahabat-sahaatku semua, amalan untuk ke tandas adalah baik utk kita keluarkan
toksin2 yang ada dalam badan ya. Kalau badan banyak toksin mulalah kita rasa
letih, lesu dan tak bermaya. Vitamin pun susah nak diserap dalam
badan.
Lagi satu,
terlalu ramai yang suka dengan air bewarna dan berperisa dan mengabaikan
pengambilan air kosong. Bila dinasihatkan utk mengambil 3L air setiap hari bukan
air yang manis ya wahai sahabat semua tapi 3L air kosong. Tahukah anda, air yang
manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan
kegemukan.
Kenapa kita perlu
minum air kosong secukupnya? Supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan
lebih baik dan optimum. Barulah dapat rasa kesan dia...
Macam
comel susah je nak minum 3L air sehari.
KEDUA -- Elakkan pengambilan vitamin terlalu banyak
sekaligus pada satu masa
Apabila kita
makan semua vitamin terlalu banyak sekaligus dalam satu-satu masa (lebih dari
5), ia boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai
yang ambil lewa dan ambil mudah perkara ini sebab nak senang. Dan ramai yang
suka ambil terlalu banyak vitamin atau suplemen sebelum tidur sedangkan pada
masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan
vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak
meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah
pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu
sahaja.
KETIGA -- Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat atau
sebarang jamu
Sekiranya anda
dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara
serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah
bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual,
sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan
vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat
secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas
pengambilan ubat doktor. Begitu juga halnya dengan jamu. Jangan ambil sama waktu
dengan vitamin tapi jarakkan dalam masa 1-2 jam.
KEEMPAT -- Kurangkan pengambilan kafein dalam diet
harian
Haa pantang
larang yang keempat ni juga antara yang paling banyak ditanya kepada saya
sepanjang saya menjadi pengedar Shaklee. Ramai yang tak boleh tinggal air
berkafein terutamanya Nescafe di waktu pagi (sebenarnya saya juga penggemar air
berkafein suatu masa dulu tapi bila mengenangkan rugi je beli suplemen mahal2
tapi badan tak dapat serap jadi saya cuba kurangkan pengambilan kafein
harian).
Kenapa tak boleh
ambil kafein? Sebabnya, kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam
badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh
membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat
kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan
pengambilan kafien secara berterusan. Jadi tak ke rugi beli suplemen mahal-mahal
tapi tak dapat kesan yang kita nak?
KELIMA -- Pastikan tahu apa yang boleh dan tidak boleh
ketika mengambil Vitamin
-
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu ==> kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-
Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalm GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia.
-
Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil pada hari yang sama kerana dikhuatiri badan terlebih keperluan Vitamin E harian disebabkan di dalam GLA Complex juga ada Vitamin E. Boleh selang seli hari pengambilan bagi kedua suplemen ini.
-
Pesakit SLE/Lupus dan pesakit kekurangan G6PD TIDAK dibenarkan untuk mengambil Alfalfa.
-
Pesakit Thalasemia Major TIDAK boleh mengambil Vitalea (kerana terdapat zat besi).
-
Bagi ibu hamil, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran.
- Bagi ibu menyusu, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Cinch Shake kerana kadar kalorinya yang rendah (boleh digantikan dengan ESP), Herblax, Vivix.
Ramai yang mula
mengambil suplemen untuk membantu penyusuan (termasuklah saya) jadi berikut
adalah sedikit TIPS PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK
IBU MENYUSU:
Makanlah vitamin
yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama.
Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan
air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul
dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda
beli!
Ambillah suplemen
dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang
anda amalkan. Pastikan anda dapat cara pengambilan suplemen yang betul daripada
pengedar anda supaya anda mendapat kesan yang optimum. Hargailah setiap sen yang
anda keluarkan untuk suplemen anda. Hidup Sihat dengan Shakle
:)
Me as ur consultant?find me @0122042462
bole what apps...or find me my facebook page ilham-shakleynda2u